Firman Allah swt :

و لا تقولن لشاىء إني فاعل ذلك غدا إلا أن يشاء الله و اذكر ربك إذا نسيت
و قل عسى أن يهدين ربي لأقرب من هذا رشد

dan jangan sekali – kali engkau mengatakan terhadap sesuatu ” aku pasti melakukan itu besok pagi ” kecuali dengan mengatakan “Insyaallah” dan ingatlah kepada tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah Mudah – mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini .

Surah al Kahfi : ayat 23 – 24


Setakat yang saya dengar sebelum ini di pentas – pentas ceramah , 16 sept diyakini sepenuhnya tanpa sepatah perkataan Insyaallah . Yakin penuh dengan kehebatan strategi dan think thank Dato’ Seri Anwar Ibrahim . Saya sangat bimbang fenomena tersebut. Seolah – olah tuhan pun tidak berhak campur tangan dalam percaturan 16 sept kelak .

Apabila ada pihak yang membentang pandangan kedua serta kelihatan sedikit kontra dengan semangat 16 sept , suasana menjadi riuh dan tidak kurang yang marah kepada saya kerana menganggap saya tidak setuju dengan 16 sept .

Berulangkali saya kata , bukan saya tidak setuju tetapi jangan terlalu ghairah sehingga lupa Allah swt yang menentukan segalanya . Setakat strategi , pelan tindakan dan date line untuk bertindak itu tidak mengapa tetapi jangan menghukumkan bahawa ia mesti berlaku atau keterlaluan dalam menonjol kehebatan manusia tanpa disandarkan secara cermat dan hemah kepada ketentuan Ilahi .
Ustaz Nasrudin Tantawi