Adat manusia setiap tegahan akan dilanggar. Kalau ada fatwa dari Majlis Fatwa Malaysia yang mengharamkan tahi ayam punai dihidu, pasti ada saja manusia yang mencari tahi ayam candu untuk dihidu. Padahal bukan senang nak cari tahi ayam. Cuba tanya anak-anak yang dibesarkan di apartment atau di kondo di Kuala Lumpur misalnya, macam mana rupa tahi ayam? Apa lagi tahi ayam punai yang juga dipanggil tahi ayam candu yang baunya jika terpalit melekat tiga hari tak hilang. Boleh berdengung kepala bila terhidu perfume `Taiki Ayami’ yang warnanya hijau macam hijaunya bulu burung punai.
Nabi Allah Adam a.s dikeluarkan dari syurga kerana tak ikut firman Tuhan. Tuhan sudah pesan, `Adam engkau jangan sekali-kali makan buah khuldi. Itu buah larangan, ” Pada mula Adam tak makan tapi bila Hawa yang merayu supaya dia makan, perempuan punya sweet talk berkecai iman Nabi. Akhirnya dia makan. Siapa penyebab Adam terkeluar dari syurga kalau bukan kerana Hawa, syaitan yang nyata. Perempuan itu syaitan yang nyata, sabda Rasulullah s.a.w.