Senarai semak amalan-amalan sunnah disepanjang Ramadan

) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Mengtakhirkan Besahur di akhir malam .

Nabi SAW bersabda :” Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur”
Hadis Riawayat Muslim, 2/770
Nabi juga bersabda : “Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya”
Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim
Waktu
yang terbaik untuk makan sahur : adalah lebih kurang sama dengan kadar
waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20
minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan.

Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:

“Kami
makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat.
Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab:
“Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” –
Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.
Peringatan
!! : Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan
hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu
yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk
bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah
yang diajarkan oleh Baginda SAW

3)
Mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain
amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah (bagi lelaki).

4) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Disunnahkan
kepada seluruh umat Islam agar bertadarus (membaca dan mempelajari)
al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertadarus al-Quran bersama
Jibril a.s pada setiap malam di bulan Ramadan. Ibn Abbas r.a berkata:

“Jibril
a.s menemuinya (Nabi s.a.w ) pada setiap malam di bulan Ramadan hingga
bulan itu berlalu. Nabi s.a.w memperdengarkan bacaan al-Quran
kepadanya.”
Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1902.
Terdapat
ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca
al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith
dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat
oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as.

4) Mengerjakan solat fardu secara berjemaah (bagi lelaki) dan solat sunat sunnah yang diajar nabi.

Anata solat sunat sunnah : solat sunat rawatib 12 rakaaat (qabliah dan ba’diah),solat sunat wudhuk, solat sunat dhuha

5) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang
waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan
waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan
oleh Nabi S.a.w :-

ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع


Ertinya
: Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang
berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan
orang bermusafir sehinggalah ia pulang”

Riwayat Al-Bazaar

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-


Ertinya
: Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka,
pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi”

(
Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis
Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh
Ahmad Syakir)



6) Memperbanyakan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد

Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak

(Riwayat Ibn Majah ; Sohih

7) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

Berdasarkan hadith Nabi SAW :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

Ertinya : “Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka”

Riwayat Al-Bukhari, 4/1957.

Berbuka
juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika
pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik
kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib
kita.

Disebutkan bahawa tidaklah
Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun
hanya dengan segelas air. (Abu Ya’la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

8) Sunnah berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.


كان
رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم
تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء

Ertinya
: Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan
sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum
beberapa teguk air”

Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi

(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).

Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

” Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah”

Ertinya : “Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah ”

Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani

10) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta terutamanya bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.

Umat
Islam sepatutnya menggunakan kesempatan di bulan Ramadan yang penuh
berkat ini dengan menggandakan amal kebajikan seperti bersedekah.
Rasulullah s.a.w yang sememangnya terkenal dengan sifat dermawan
sentiasa memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadan berbanding
bulan-bulan yang lain.

Ibn Abbas r.a berkata:

Nabi
s.a.w adalah manusia paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak
sifat dermawanan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan.”

Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1902.

Nabi SAW bersabda :

من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Ertinya
: Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa
maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang
sedikit pun”

Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi

.

Disebut dalam sebuah hadis lain


ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة


Ertinya
: Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka),
Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang
tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga ”


Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi


11) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

Boleh
juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah,
terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

12) Memperbanyakkan bersiwak .

Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

—————————————————————————————————————————————–

Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa berpuasa :


1.Meninggalakan perkara2 mazmumah

Berpuasa
bukan sekadar meninggalkan makanan dan minuman. Tetapi, untuk
memperolehi kesempurnaan di dalam berpuasa seseorang seharusnya juga
meninggalkan perkataan-perkataan yang keji serta perbuatan-perbuatan
orang jahil. Rasulullah s.a.w bersabda:


“Puasa
adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath
(perkataan yang keji) atau berbuat sesuatu perkara yang jahil
(menyalahi hukum).”
Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1894

2. Meninggalakan perbuatan yang lagha (sia-sia)

Justeru,
disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha
(tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan
sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh
itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca
mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku
sedang berpuasa” sebagaimana sabda rasulullah s.a.w:


“Puasa
adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath
(perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi
hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah
berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali).

Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.

3. Meninggalkan perbuatan mencerca dan memerangi termasuk percakapan bohong.

Semoga
melalui ucapan itu dapat mencegah pihak lain dari mencerca atau
memeranginya. Berbohong boleh mencacatkan kesempurnaan puasa. Oleh itu,
syariat melarang seseorang bercakap bohong ketika berpuasa dan Allah
melarang keras perbuatan dengan ancaman tidak akan menerima ibadah
puasanya. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa
yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukan perbuatan it
uterus menerus, Allah langsung tidak berhajat (memandang) perbuatannya
yang meninggalkan makan dan minum (puasa).” –

Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1903.

Rujukan :

1. Bonus Belanjawaan Vs Bonus Ramadhan oleh Ust. Zaharuddin Abdul Rahman (zaharuddin.net)

2. Amalan-Amalan Sunnah Pada Bulan Ramadan oleh Akhi Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (al-fikrah.net)

3. Bersahur dan berbuka puasa cara Rasulullah Akhi Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (al-fikrah.net)

Sumber : As-Syafi’e.Com